Monday, June 16, 2008

Salam semua...

Tiada niat untuk hilangkan diri namun setelah berjaya hapuskan segala jejak... kini baru saya berani muncul kerana sudah bebas dari segala belenggu...

Ramai juga yang ambil berat tentang saya....Terima kasih!

Lagipun hanya sekarang baru ada sedikit perkembangan yang boleh dikongsi bersama.

Saya sekarang sedang sibuk menerbitkan Sarapan Di Mana? Musim II untuk tayangan Astro Prima... episod pertama insyallah 28 June ini, Sabtu 9.30 pagi. Alhamdulillah 2 episod pertama sudah pun disiapkan minggu lepas bersama Abby Fana di ceruk kampung di Terengganu... Abby memang kelakar...

Anda semua tak nak jemput kami bersarapan di tempat anda? Jika ada sarapan unik, sudilah jemput kami...Insyallah kami akan ke sana.

Bermula Julai, kami akan sibuk pula untuk memantau Sebutan Syariah II di Astro Oasis...Insyallah akan ada sedikit pembaharuan.

Dan akhir sekali... sekiranya semua berjalan lancar namun belum ada kepastian, saya mungkin kembali ke 'free tv' dalam sedikit masa lagi.

Itu dulu buat setakat ini, kita jumpa lagi.

Jaga diri...

Wan Din.

Sunday, December 09, 2007

Salam semua pengunjung...

Lama tak singgah, harap semua sihat...hye and welcome to Danisha and Chedd (satu kapal ke?) Fid...maaf tak sempat tapi terima kasih atas jemputan.

Ramai yang tanya (Syah pun)... apa objektif Diari Pasung. Taklimat yang saya dapat dari RTM adalah untuk memberi penekanan kepada fungsi Jabatan Penjara sebagai institusi koreksional negara.

Sebab itu kalau diperhatikan...tidak banyak elemen kesedaran yang dipaparkan tentang penghuni di sana. Saya pun agak terkilan kerana banyak perkongsian maklumat baru dari mulut penghuni sendiri yang patut disiarkan sebagai iktibar untuk diinsafkan bersama.

Saya hanya boleh berikan yang terbaik mengikut kemampuan saya sebagai perantara.Kerja-kerja suntingan malahan skrip dan penerbitan...semuanya dari RTM...saya percaya pihak penerbitan lebih memahami.

Apapun...menurut maklumat yang diperolehi...ratingnya amat memberangsangkan (tertinggi untuk Ahad waktu Prima RTM1). Terima kasih...harap2 ada informasi yang boleh dimanfaatkan bersama.

Bagi MRI pula, kalau 2 minggu lepas kami dekati dunia filem negara...untuk episod kedua terakhir minggu ini kami di studio rakaman meninjau pula dunia muzik tanahair.

Saya ditugaskan untuk menyumbang (off-tunedkan haha) sebahagian lagu Peter Pan, 'Menghapus Jejakmu'. Seperti biasa saya cuba yang terbaik sepertimana yang diamanahkan penerbit. Jadi kepada peminat2 Peter Pan...saya minta maaf kalau lagu nyanyian kumpulan pujaan anda tidak berjaya dinyanyikan dengan baik...itu sahaja yang saya mampu.

Apapun saya suka lagu ni dan klip videonya pun nampak sempoi...

Minggu depan (Episod Akhir), MRI tampilkan pengalaman kami selama 6 bulan terkejar sana terkejar sini...

Baik...saya sertakan lirik lagu Menghapus Jejakmu dari Peter Pan...anda tolong saya nyanyikan lagu ni bersama bila episod ni disiarkan supaya tak dengar sangat 'pitching saya yang off'...haha

Menghapus Jejakmu - Peter Pan

Kuterus melangkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Belahan mimpi terasa mengganggu
Kucuba untuk terus menjauh
Belahan hati ku terbelenggu
Kucuba untuk lanjutkan hidup

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Lepaskan segalanya....


Setakat ini dulu...kita jumpa lagi...Insyallah...

Jaga diri baik-baik...

Wan Din.

Friday, November 02, 2007


Salam Semua....

Ramai juga yang bertanya tentang Fara dalam MRI episod Mistik tempohari...sebenarnya kami pun tak tahu samada kebetulan atau apa... fakta yang kami perolehi dalam kajian tersebut hampir sama dengan peristiwa2 lama. Dan banyak juga halangan dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi bagi menyiapkan episod tu...'ikut' sampai ke ofis...hehe... tapi demi anda semua kami sanggup redah. Apapun terima kasih kerana episod tu mencatat rating paling tinggi setakat ni.

Berkenaan 'Diari Pasung'...saya mohon maaf kerana semua tu di luar kawalan saya, dijanjikan minggu lepas tapi sebagaimana yang dimaklum Orkid menerusi Utusan Malaysia hari ni ada nyatakan ia bermula Ahad ini 10.30 malam. Thanks Orkid... Saya jangka episod pertama paparkan watak saya sebagai warden penjara...yang kelakarnya uniform bukan saiz saya...kecik...dia orang tak da saiz...haha...yang lebih penting kandungannya...betul tak... Minggu depan saya dikerah menjadi banduan....ingat lagi pesan saya...pejamkan mata bila sampai part 'dedah perut'...

Dan Insyallah jika semuanya dah pasti...OneIIOne View akan tampil dengan 2 projek terbaru dalam masa terdekat...nanti bila dah confirm saya akan umumkan di sini ya... Terima kasih...ni semua berkat doa dan sokongan anda semua.

Ok...MRI minggu ni berada di Pandamaran mendengar keluhan penghuni flet yang tak diselenggara dengan baik. Kami dengar keluhan penduduk...kami dengar komen pemaju...kami kemukan cara penyelesaian terbaik. Ada masa...tontonlah...mungkin boleh jadi panduan jika anda hadapi masalah sama

Minggu depan kami berada di Zoo Negara sempena Ulangtahun 44 penubuhannya...ramai tidak tahu tentang status zoo yang sebenar... mungkin boleh saya kata 'umpama bernafas dalam lumpur'...tapi tau atau tidak Zoo Negara adalah antara zoo terbaik dunia... Saya ni mungkin 'kurang mesra'...binatang pun tak nak dekat... yang nak dekat cuma gajah dan pak belang...Syilda bermesra dengan anjing laut dan orang utan, Anne bergurau dengan rusa dan sang batik yang suka membelit..

OK lain kali jumpa lagi...Adiena... tak apa kirim kad masa Raya Haji nanti...hehe...how's yr dad?hope he's well.

Wan Din.

Thursday, October 04, 2007

Salam semua pengunjung,

Maaf agak lama tak singgah sini,maklum Ramadhan kali ni agak sibuk...Lin pun sempat jumpa kat maljlis buka puasa jer...betul tak Lin?

Sebelum terlupa, saya mewakili MRI ucapkan Syabas buat Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu yang menubuhkan pasukan khas bagi membuka balik fail pembunuhan jururawat di perkarangan Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu yang 'terperam' lebih 2 tahun. Niat kami hanya ingin membantu pihak keluarga miskin yang dibelenggu kesengsaraan akibat kehilangan nyawa anak sulung, pengemudi keluarga yang hingga kini kabur dari sebarang pembelaan. Itu sahaja...

Terima kasih kepada yang sudi menghantar kad raya ... Orkid a.k.a Watie Ariffin, Orkid (Orang sama ke???), Syah , D Ayunie, Terra Rossa (cantik kad, siap ada rumah kampung...)
dan terima kasih jua kepada pengunjung baru yang sudi singgah selain yang senior2 Adiena, Lin dan Fid.

Macamana persiapan raya...biar berpada2 ya...Saya pun baru rancang nak membeli sepasang baju Melayu yang dah siap hujung minggu ni.

Terra, masih ingat budak perempuan tu? Saya pun...harap2 dia sihat.

Pagi tadi saya ke RTM untuk rakam suara latar untuk Diari Pasung...akhirnya.... Saya dimaklumkan setakat ini Diari Pasung bakal disiar Ahad, 1030 mlm di TV1 bermula 28 Oktober ini. Tapi bila saya tengok sikit tadi memang saya takut jugak maklumbalas penonton. Sebenarnya saya kurang selesa dengan penampilan di Diari Pasung tapi saya buat apa yang mampu seperti diminta pengarah. Tujuannya untuk menyalurkan maklumat/aktiviti di penjara dengan sebaiknya.

Siang2 saya bagi tau...ada part saya 'dibogelkan'... tolong tutup mata semua ya ...plsssssss...perut boroi haha

Apa yang boleh dikongsi untuk raya tahun ni ya... tak da apa...cuma luahan sikit la kot...
ada kala kita ada perancangan sendiri, ada kala kita terlalu kecewa dek faktor2 luar kawalan yang tak mengerti, adakala kita rebah dek tekanan yang terlalu, adakala kita perlu menyepi dan pergi...

Akhir sekali , minggu raya ni OneIIOne tawarkan Sarapan Di Mana? sahaja ...MRI beri ruang kepada program Raya. Abby bersarapan dan beraya di sebuah kampung di Gombak... saya cuma sediakan pakej penggali kubur muda dalam Cerita Apa?

Ok sampai sini dulu takut tak sempat...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Hati2 di jalanraya dan jaga diet sepanjang bulan raya.

Terima kasih.


Wan Din.

Friday, September 07, 2007

Salam semua...

Harap semua sihat....terima kasih Yat sempat singgah sini. D Ayunie....thank you for the card...nice words!!!

Adiena...setahu saya siaran rancangan Astro banyak di ulang tapi yang saya pasti slot ulangan MRI Selasa 10.30malam dan Sarapan Di Mana? Sabtu 7.00pagi, lain-lain saya tak ingat...maaf...

Dan saya nak ucap berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menonton kedua-dua rancangan yang tak seberapa tu...khabarnya antara program yang mendapat 'rating' menggalakkan stesen RIA dan Prima. Insyallah...kami akan tingkatkan kualitinya jika ada rezeki lagi.

OK...Ramadhan dah hampiri kita sekali lagi...Puasa dah ganti habis ker??? Hehe...gurau, sama-sama kita tingkatkan ibadah, moga kita semua mendapat limpahan kurnia berganda dariNya. Kepada semua Selamat Menyambut Ramadhan...sama-sama kita tempuh dan rai Ramadhan dengan pengisian mulia...Insyallah...

Dan akhir sekali seperti biasa...apa yang OneIIOne View tawarkan minggu ni...

Sarapan Di Mana?.... Abby 'menyibuk' bersarapan di majlis perkahwinan di Batu Pahat

MRI pula masih di Terengganu (maaf ya Terengganu lagi....jangan cakap macam tu...) tapi 'story'nya agak bagus dan saya rasa episod kali ni antara yang terbaik pernah kami terbitkan. MRI cari jawapan mengapa 'penyu menangis'....kesian dia...

OK...Selamat Menonton semua dan jaga diri baik-baik..Bye!

Wan Din.

Friday, August 31, 2007

Salam semua,

Seperti dijanjikan saya singgah di sini lagi...

Saya percaya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Merdeka kepada semua dan saya lebih percaya setiap dari kita mempunyai peranan masing-masing dalam menjadikan pengertiannya lebih bermakna. Sudah 50 kali kita meraikannya, hatta, pencapaian dalam apa bidang sekalipun mesti dilipatgandakan bagi memastikan kekentalan menentang penjajahan alaf baru dunia tanpa sempadan.

Terima kasih untuk ucapan Selamat Harijadi...

Tiada yang istimewa untuk coretan kali ini...cuma saya ingin berkongsi tentang pentingnya pengurusan stres dalam kehidupan masa kini. Cabaran dan halangan akan tetap datang selagi kita miliki nyawa.

Itu dulu untuk kali ini...

Apa yang OneIIOne tawarkan minggu ini;

Sarapan Di Mana? Asro Prima Ahad 9.00 pagi ... Abby bersarapan di Melaka selepas 'embun jantan' menitik

MRI Astro Ria 7.00 malam mendengar keluhan 'pengayuh warisan'

Jumpa lagi dan jaga diri baik-baik.

W.DIN

Tuesday, August 21, 2007

Assalamualaikum w.b.t

Lama juga tak singgah sini...Insyallah mulai minggu ni saya cuba datang sini seminggu sekali.

Bukan apa baru habis tugasan di Terengganu untuk MRI dan Batu Pahat untuk SDM? Jadi tugasan selepas 'shooting' tu maklum aje la... stres juga.

Ok...Terima kasih atas ucapan 'happy birthday'...Selain usia bertambah yang lain-lain 'remain unchanged'...hehe. Saya juga ingin berkongsi mengucapkan Selamat Ulangtahun kepada semua kelahiran Ogos.

Puasa ganti pun belum habis dah nak cakap pasal 'open office' ke Adiena? Nanti la bila ada masa yang sesuai kita semua buat 'gathering'...ok...tapi i cant promise.

Actually banyak foto tapi i tak tau paste kat sini...dulu semua Lin buatkan...nanti ada masa saya belajar...

OK...apa yang OneIIOne View tawarkan minggu ini?

Sarapan Di Mana? Abby Fana di Taiping menyelongkar rahsia Pet Pet Nga
MRI pula mengupas isu kebanjiran Warga Myanmar

Jumpa lagi dan jaga diri baik-baik!

Wan Din.